10 Kelebihan Windows Phone 8 Pada Nokia Lumia
Setelah
bertahun-tahun Nokia menggunakan Symbian sebagai Operating System (OS)
nya, kini Nokia telah beralih menggunakan Windows Phone. Walaupun ianya
agak mengecewakan bagi peminat-peminat Symbian, tetapi penggunaan
Windows Phone banyak menaikkan semula nama Nokia setelah jatuh akibat
persaingan sengit Android dan Apple dahulu. Malah Windows Phone juga
banyak kelebihan kepada Nokia. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
1. Live Tile
Live ini
merupakan antara muka Home bagi Windows Phone ini. Dengan bentuk segi
empat yang diberi nama Metro-Style, ianya bergerak sendiri secara
langsung. Ianya dapat diubah saiznya dan warnanya mengikut citarasa
masing-masing.
2. Nokia Maps
Nokia Maps
ini sebenarnya tidak asing bagi pengguna Nokia dahulu. Kini dikemaskini
lebih ringkas dan menarik di lakukan oleh pihak Microsoft untuk Windows
Phone. User Interface (UI) nya yg lebih menarik dan mempunyai Mode
Driving bagi menyenangkan navigasi menggunakan kenderaan.
3. Wallet
Wallet
adalah dompet maya anda yang mewakili kad kredit, kad debit dan
informasi mengenai kad keahlian anda. Ini memudahkan anda dengan tidak
perlu lagi membawa banyak kad-kad bank untuk membeli belah dengan hanya
menyentuh peranti Nokia Lumia ini untuk menggunakan Wallet dengan NFC.
4. Kids Corner
Kids Corner
ini amatlah berguna jika anda mempunyai anak mahupun anak sedara yang
suka bermain dengan telefon pintar anda. Kebanyakan kanak-kanak hanyalah
mahu bermain permainan di dalam telefon pintar anda. Tetapi kemungkinan
besar kanak-kanak tadi cuba mengepos komen yang tidak elok dalam
Facebook untuk suka-suka. Jadi dengan Kids Corner ini dapat mengehad
penggunaan kanak-kanak untuk memasuk aplikasi yang anda tidak ingini.
5. Integrated VoIP
Integrated Voice Over IP (VoIP) ini membolehkan anda menelefon atau message menggunakan internet tanpa menggunakan kredit. Banyak aplikasi menggunakan VoIP ini seperti Skype, Viber, Whatapps dll dan kesemua aplikasi ini akan di intergrasi ke dalam Windows Phone. Dengan kata lain anda boleh menelefon atau message dari People Hub tanpa perlu memasuki aplikasi tersebut.
6. Nokia City Lens
Nokia City Lens ini amat menarik kerana ianya menunjukkan nama lokasi atau kedai dengan hanya menggunakan kamera belakang tanpa perlu memasuki Maps. Ianya dapat menunjukkan arah lokasi tadi menggunakan kompas. Sila lihat video bawah untuk demonstrasinya.
7. SkyDrive
SkyDrive ini adalah storan awan yang sama seperti iCloud dari Apple dan GoogleDrive dari Google. Ianya dapat menyimpan gambar, video dan dokumen Microsoft Office ke dalam SkyDrive dengan menggunakan internet. Anda juga dapat mencapai SkyDrive bukan hanya pada Windows Phone sahaja tetapi hampir ke semua peranti termasuk komputer.
8. Shared Windows Core
Shared Windows Core adalah perkongsian teras dalaman yang sama antara Windows Phone dan Windows 8. Ini bermakna permindahan segala permindahan data dan maklumat dengan mudah dan pantas dari Windows Phone dengan Windows 8 dan sebaliknya.
9. Internet Explorer 10
Internet Explorer (IE) 10 ini adalah sama penggunaannya seperti IE 10
pada Windows 8 dalam komputer. Malah dikatakan IE 10 dalam Windows
Phone 8 ini empat kali lebih laju berbanding versi sebelumnya dalam
Windows Phone 7.5 malah menyokong penggunaan HTML5. IE 10 ini juga
menyokong penggunaan NFC dengan
hanya menyentuh kepada peranti mempunyai NFC dan link dari IE 10 akan
di hantar. IE 10 ini juga mempunyai SmartScreen untuk menghalang laman
web yang mengandungi malicous dengan memaparkan skrin merah.
10. Screenshot
Screenshot ini adalah mengambil gambar keseluruhan skrin telefon
anda. Mungkin ada sebahagian anda tidak mengambil kisah dengan
Screenshot ini tetapi ianya amat berguna bagi Blogger, Journalist dan
Penulis. Windows Phone sebelum ini amat sukar untuk melakukan Screenshot
tetapi untuk Windows Phone 8 ianya sudah di pasangkan secara langsung
oleh Microsoft. Caranya agak mudah seperti pengguna iPhone, anda perlu
menekan Windows dan butang kuasa. (lihat gambar di bawah)
Posting Komentar